shlarsln // nerdygal's: Mak Kau Hijau by E.A.Khalil

BOSSY

Holla ! Welcome to Suhailaroslan Official Blog. My name is Suhaila Roslan but you guys can call me Su. I'm 21 years old. I am a Malacca baby born but got raise up in Kulai, Johor Bahru. Get connected with me in my available social media accounts that I've linked down below. Thank you. No spam please :)

- blogger since 2010 -


Click on the navigations below :



                        

Mak Kau Hijau by E.A.Khalil



Bismillahirrahmanirrahim -

Saya nak kongsi sedikit mengenai buku yang baru-baru ini saya baca. Mungkin dah tak berapa nak femes seperti awal awal buku ini bangkit ! Tajuk dia Mak Kau Hijau : Realiti Budak Melayu oleh Emir Abu Khalil.


Walaupun masih lagi dalam pembacaan, tapi sedikit sebanyak buku ini banyak memberi tunjuk ajar dan erti sebuah pengorbanan seorang insan yang bergelar "cikgu" . Buku ini juga yang banyak mengingatkan saya pada semua cikgu-cikgu yang pernah bertungkus-lumus dalam mengajar saya. Tetapi entry kali ini khas saya dedikasikan, khas saya tujukan kepada guru yang banyak mengajar saya, memberi tunjuk ajar, memberi kata-kata semangat dalam hidup saya. Guru yang mana tidak pernah kenal erti putus asa dalam mengajar anak muridnya, Pn Norjana bt Idris.

Cikgu,
Harap cikgu sudi baca apa yang saya tuliskan,

Bukan mudahkan nak jadi cikgu, tapi bilamana saya membaca buku ini, saya tak tahu sama ada lebih kurang, tepat, atau salah apa yang saya bayangkan @ bandingkan cikgu dengan apa yang saya baca dalam buku ini. Banyak perihal buku ini yang membuatkan saya mengingati cikgu. Bukan setakat baca buku ini, baru nak teringat. Tak cikgu. Hehehehe. Saya ada tanyakan khabar cikgu pada Yana, Fatin atau Suhada, harap cikgu sihat sentiasa.

Saya tak nak guna ayat klishe, tapi banyak persamaan yang saya nampak dalam buku ini dengan cikgu. Cikgu selalu bagi nasihat, tak pernah putus. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anak murid cikgu semua. Walaupun cikgu marah, marah cikgu marah tegas. Fahamkan cikgu. Dah lama tak tulis ini buat saya kekok. Hahahaha. Marah cikgu bukan marah pukul hina itu semua. Kalau pukul pun cikgu akan tanya dulu baru cikdu denda. Cikgu marah pasti bersebab. Cikgu tak pernah muak beri kata dorongan. Dan yang paling buat saya sayang cikgu, cikgu tak pernah judge seseorang itu sama ada dia baik atau buruk atau jahat sekalipun. Cikgu sentiasa mahukan anak murid dia buat yang terbaik dalam peperiksaan. Cikgu tak pandang pemarkahan, asalkan jujur dalam peperiksaan. Cikgu tak ajar tergopoh gapah, nak kejar syllabus tuh semua asalkan anak murid cikgu dapat apa yang cikgu cuba sampaikan. Cikgu suka tanya masalah anak murid cikgu, ajak mereka berbual. Saya dapat rasa walaupun sebahagian @ sesetengah orang memandang perkara itu remeh temeh, tapi bagi saya, perkara itulah yang mendekatkan lagi hubungan seorang pelajar dengan cikgu. Sebab itu, ramai yang menyayangi cikgu. Cikgu faham kerenah anak murid cikgu semuanya. Cikgu fokus kepada setiap anak murid cikgu semua dalam kelas. Sampai hanya tengok tulisan pun boleh tahu siapa punya. Hehehehe. Tapi, saya tak lupa bila Macha guna "aku" cikgu akan cubit dia. Hahaha. Rindunya waktu zaman dulu. Cikgu faham kalau anak muridnya letih. Kerja rumah pun rasanya tak pernah banyak cikgu bagi. Itupun kekadang saya tak siap. Main copypaste. Hahahaha. Maaf cikgu. Bilamana cikgu rapat dengan seseorang pelajar itu, kepercayaan yang sedang dibina dan tercipta. Tak pernah lagi saya rasa, saya menceritakan perihal saya kepada orang luar. Tapi bila cikgu hulurkan kasih sayang cikgu, jujur saya mudah tertarik dengan kasih sayang, sebab itulah saya anggap cikgu sebagai ibu kedua saya. Hehehe. Jarang orang luar memahami. Kekadang cikgu tegur juga kalau saya salah. Terima kasih cikgu. Terima kasih sebab percayakan saya. Maafkan saya kalau saya ada goreskan hati cikgu. Cikgu selalu bagi anak murid cikgu kad ucapan. Alhamdulillah saya masih simpan lagi. Buku nota kecil yang cikgu bagi dan terkandung kata-kata semangat itupun masih lagi saya simpan. Hanya itu yang saya mampu. Jasa cikgu tak mungkin dapat dibalas. Bila cikgu tak pernah comparekan pelajar-pelajar cikgu, itu yang buatkan saya lagi tertarik. Tiada seorang pun yang suka bila dirinya dibandingkan dengan orang lain. Cikgu selalu cakap, pesan jadi orang yang baik. Tak guna kalau ilmu tinggi tapi akhlak kosong.

Mak Kau Hijau : Realiti Budak Melayu

"Sekiranya guru-guru nakkan anak murid dia jadi baik, maka dia wajib jadi lebih baik dari itu ! Menjadi seorang guru tak cukup dengan hanya berkata-kata dan menyuruh diorang berubah menjadi lebih baik padahal kita takpun menjadi suatu bukti hidup yang menjadi hujah yang perubahan itu sesuatu yang pasti.
Mungkin ada yang berkata, diorang tak tahu pun yang kita lebih kurang macam diorang, tetapi Allah S.W.T. Maha Tahu ! Kejayaan anak-anak murid kita bergantung kepada hubungan kita dengan Allah S.W.T. Kalau kita nak anak-anak murid kita jadi baik, hubungan kita dengan Allah S.W.T mesti lebih baik sebab yang memakbulkan doa kita ni Allah S.W.T. Usaha itu hanya prasyarat." [ m/s : 32 ]
Bilamana cikgu cuba mendekati pelajar cikgu dengan bertanyakan hal remeh, itu sudah cukup untuk membina kepercayaan seseorang pelajar itu terhadap cikgu. Seperti mana yang cikgu lakukan terhadap saya. Perhatian yang kecil mampu menambat hati saya.

Mak Kau Hijau : Realiti Budak Melayu
"Budak-budak ni tak susah nak cakap dengan diorang, tapi sebab terlampau ramai, mungkin agak leceh nak cover semua. Tapi percayalah setiap sentuhan kita pada budak-budak ini, mampu mengubah perangai budak-budak ni. Asalkan kunci yang kita jumpa itu kunci yang betul, tak susah nak buka mangganya. Cakaplah elok-elok kat diorang, diorang boleh dengar,so long as alasan kita itu kuat dan valid." [ m/s : 40 ]
Mak Kau Hijau : Realiti Budak Melayu
"Pertama sekali meniatkan pekerjaan aku ini setelah sebab Allah S.W.T adalah untuk membantu anak-anak bangsa Islam aku yang hanyut dengan keseronokan dunia, sedangkan masa depannya tiada sia yang mampu menjamin, meskipun seorang ayah yang kaya." [ m/s : 43 ]
"Lebih daripada itu, aku percaya juga yang menjadi seorang guru tu punya peranan dan amanah yang penting. Ia bukan sekadar masuk ke kelas mengajar ilmu kering sedangkan hati para pelajar gersang memerlukan baja iman. Seseorang guru perlu menjadi seorang murabbi apabila mendidik anak-anak murid" [ m/s : 43 ]

"Kata-kata dan sentuhan ni kemudiannya akan menyentuh para pelajar yang berada dengannya seterusnya memberi afeksi yang berkesan kepada hati-hati diorang. Sebab itu sekecil-kecil baktipun dari seorang guru menjadi besar bagi diorang. Sekecil tegurang cikgu tu suatu panduan agung kepada diorang." [ m/s : 44 ]
Banyak lagi kalau boleh saya nak ceritakan apa yang saya nampak, apa yang saya lihat dalam buku ini dengan diri cikgu. tapi yang penting, jasa dan pengorbanan cikgu pada kami semua, sangat besar, dan untuk itu kami semua takkan mampu untuk membalasnya. Terima kasih cikgu sebab tak pernah putus asa dengan kami. Terima kasih kerana tidak menilai kami dengan cerita-cerita yang cikgu dengan dekat bilik guru mungkin. Terima kasih sebab masih bersabar dengan kami dari awal kami semua mengenali cikgu sampai sekarang. Terima kasih sebab sentiasa menasihatkan kami supaya jadi seorang yang berguna. Terima kasih untuk semuanya. Maafkan saya kalau saya ada terlepas tanggungjawab sebagai seorang murid, ada goreskan hati cikgu sama ada secara sengaja atau tak. Terima kasih sebab menjadi ibu saya walaupun ibu kedua. Saya tetap hargai apa yang cikgu buat untuk saya. Percayalah cikgu sampai sekarang saya masih ingat segala pesan cikgu. Dan saya masih ingat cikgu. Cantik potret-potret yang cikgu lukis tu. Andailah saya seorang yang berseni, mesti mudah.

p/s : saya masih cuba memahami dengan apa yang dimaksudkan 'murabbi'
p/s : walaupun belum sampai hari guru lagi, saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU cikgu Jana dan cikgu-cikgu sekalian yang pernah mengajar saya

#sayangcikguselamanya
#thumbsupforEAK
#SELAMATHARIGURU